Berehat-lah! Kerana Kerja Sudah Tak Lagi 'Bekerja' (2010)
- seihon tan
- Dec 8, 2024
- 25 min read
Updated: Jan 27

Pemuzik, peguam dan anarkis pasca kiri, Bob Black dalam kata-kata pembukaan ‘The Abolition of Work and Other Essays’1 [Pemansuhan Kerja dan Esei-esei lainnya] menulis bahawa "Tiada seorang pun yang seharusnya bekerja. Pekerjaan merupakan sumber segala penderitaan di dunia. Hampir segala macam kejahatan yang boleh engkau namakan datang daripada bekerja atau hidup di dalam dunia yang direka untuk bekerja. Untuk menghentikan penderitaan, kita perlu berhenti bekerja."
Menurut kamus Oxford English, makna yang pertama dan yang paling umum untuk kata 'work' [kerja] ialah ‘the application of mental or physical effort to a purpose; the use of energy’. ['pemakaian daya usaha fizikal dan mental untuk suatu-suatu tujuan; penggunaan tenaga]. Bob Black pula memaknakan kerja secara minimum sebagai "forced labor, that is, compulsory production”2 [buruh paksa, iaitu pengeluaran wajib], suatu tugasan yang dilakukan untuk orang lain atas dasar tanggungjawab, yang diperkukuhkan oleh cara-cara budaya, politik dan ekonomi. Tentunya, pembacaan yang lebih mendalam akan menunjukkan dengan lebih jelas lagi bahawa penulis tidak bermaksud untuk menghapuskan 'kerja' semata-mata; sebaliknya ia merujuk kepada eksploitasi pekerja dan kesan buruh paksa/ pemaksaan yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua kapitalis dan sosialis serta pengikut berbagai jenis 'isme' di antara keduanya yang ditentang oleh penulis. Suatu contoh terbaik buruh paksa ialah bayaran upah rendah yang tidak berperi kemanusiaan, pekerjaan menjemukan di jalan buntu yang dijauhi dan dikenali - di Malaysia sebagai 3D (Dirty, Dangerous and Demeaning) [Kotor, Bahaya dan Hina]. Pekerjaan yang dengan senang hatinya kita punggahkan kepada golongan termiskin dalam lapisan paling bawah masyarakat kita serta buruh asing dan murah yang diimport beramai-ramai dari kononnya negara-negara 'dunia ketiga'. Manakala kita memilih pilihan kerja yang kurang berat, halus dan dihormati - atau ‘McJobs’3 - meskipun wilayah kerja ini juga semakin banyak menggajikan para pekerja asing. Buat ramai orang di kalangan kita yang tidak lahir ke darjat istimewa dan mulia dalam kehidupan, kerja sememangnya suatu keperluan dan untuk mencadangkan yang sebaliknya merupakan suatu hal yang tidak masuk akal. Namun demikian, ianya merupakan kebodohan semata dan amat tidak bererti bagi menghabiskan waktu selama berjam-jam tak terkira buat menggunakan tenaga fizikal dan mental sebagai kuli yang memeritkan dan menyeksakan itu, hanya untuk imbalan upah yang sedikit.
Apa lagi tujuan untuk bekerja jika tidak mampu untuk mendapatkan gaji yang cukup bagi kelangsungan hidup dan membeli-belah? Namun demikian, bilamana kos hidup yang meningkat tidak sejajar dengan gaji dan kuasa membeli kita yang berkurangan, maka fikiran, keyakinan dan rasa jaminan yang berasal dari 'kerja' (dan mereka yang memerintah hari ini!) juga akan diragui, tidak begitu?
1) Untuk teks penuh dan esei-esei lainnya oleh Bob Black, sila lihat: http://deoxy.org/endwork.htm atau www.inspiracy.com/black/abolition/part1.html
2) Pengertian Bob Black barangkali berdasarkan definisi Karl Marx atau paling kurang dekat dengannya:
"Pertama, hakikat bahawa buruh merupakan unsur luaran kepada pekerja, iaitu ia bukan milik kejadiannya yang penting, tidak merasa cukup tetapi rasa kesedihan, tidak bebas membangunkan tenaga fizikal dan mentalnya tetapi menyeksa tubuhnya dan merosakkan fikirannya. Oleh yang demikian, pekerja hanya dapat merasakan dirinya bilamana dia di luar pekerjaannya, dan pekerjaannya pula merasakan di luar dirinya. Dia berada di kediamannya bila dia tidak bekerja, dan bila dia bekerja dia tidak berada di kediamannya. Buruhnya bukanlah sukarela, tetapi dipaksa; ia adalah buruh paksa. Jadi ia bukan kepuasan pada suatu keperluan; ia hanya suatu cara untuk memuaskan keperluan di luar kerja. Sifat asing yang muncul dengan jelas dalam fakta bahawa sebaik sahaja tiada kewujudan paksaan fizikal atau lain-lainnya, buruh dipulaukan seperti wabak penyakit. Marx and Engels,’ Economic and Philosophical Manuscript’ (1844) from ‘Socialist Thought: A Documentary History’ edited by Albert Fried and Ronald Sanders, Anchor Books (1964) pp 283-4
3) “…..pemerian terhadap taraf pekerjaan bawahan – tanpa mengira majikannya – yang mana hanya diperlukan sedikit latihan, penggantian (buang dan ambil) pekerja yang tinggi, kegiatan para pekerja dikawal ketat para pengurus. Pekerjaan yang paling dianggap ‘McJobs” adalah daripada industri perkhidmatan, khususnya makanan segera, kedai kopi, tele pemasaran, runcit dan penulisan iklan dari perniagaan-ke-perniagaan. Sila lihat http://en.wikipedia.org/wiki/McJob
Setiap tahun, tanpa gagal, beberapa minggu atau beberapa hari sebelum sambutan 'Hari Pekerja' (Hari Buruh) di negara-negara di seluruh dunia (Malaysia mula menyambut Hari Pekerja, tanggal 1 Mei sebagai cuti umum pada tahun 1972)4, isu-isu hak-hak pekerja didengar, dibincang dan diperdebatkan. Isu-isu seperti gaji yang lebih baik atau adil, pencen, faedah perubatan dan lainnya, keselamatan di tempat kerja sehinggalah penetapan gaji minima atau cadangan kenaikan gaji untuk sektor awam dan swasta bagi memenuhi kenaikan kos sara hidup.
Para penguasa secara rutin berjanji untuk meneliti tuntutan dan desakan dengan mencadangkan untuk menubuhkan badan-badan untuk mengkaji tuntutan tersebut hanya untuk dilupakan beberapa bulan kemudian. Kitaran ini berulang lagi saat kedatangan Hari ‘Buruh / Pekerja’.
Di kebanyakan negara, Hari Buruh / Pekerja biasanya ditandai dengan bantahan jalanan, perarakan berwarna-warni dan pesta sepanjang malam. Kemarahan terancang terhadap amalan perdagangan tidak adil sehinggalah kepada eksploitasi dan pencerobohan terang-terangan yang dilakukan syarikat perniagaan besar transnasional / konglomerat multinasional, dibantu dan dilindungi oleh kerajaan yang dipilih pada tahap-tahap tertentu telah membuahkan hasilnya. Ini meskipun layanan adil dan bahagian yang saksama daripada hasil buruh kemanusiaan masih lagi jauh untuk menjadi kenyataan.
Engkau adalah ATAU akan menjadi apa yang engkau lakukan
Apakah kerja akan atau telah menyebabkan (kerana ketamakan, persaingan atau eksploitasi) hakisan kemanusiaan yang tak terelakkan (semestinya); yang membawa kepada peningkatan pertalian dengan ‘robot’, menjadi tidak berasa, tidak berfikir, tidak peduli manakala melalui pergerakan dengan tabiat yang dijangkakan dan ketepatan waktu bekerja5? Apakah kerja merupakan amalan sia-sia yang mana kita berhenti untuk tumbuh sebagaimana kebiasaan kita semakin meningkat umur (selari dengan ketiadaan jaminan yang mengiringinya) atau apakah ia memuliakan, bermaksud menjana kerjaya, berkhayal dalam beragam versi dan digalakkan dengan keteguhan oleh kesemua ideologi-ideologi sosial politik yang saling bersaing dan sistem nilai yang dilembagakan dari dahulu ke hari ini6?
Perhatikan bagaimana nilai individu dihakimi oleh kemampuannya untuk melaksana dan menyelesaikan kedua-dua tugas buruh kasar dan tugas rumit, serta bagaimana mereka diperakui oleh keupayaan tersebut yang barangkali membawa mereka naik setakuk dua dalam susunan darjat kelas masyarakat.
5) “Ekonomi politik menyembunyikan keterasingan – pemberian hak milik diri si pekerja - yang wujud dalam sifat buruh dengan tidak mempedulikan hubungan langsung di antara pekerja (buruh) dan pengeluaran. Memang benar bahawa tenaga buruh pekerja menghasilkan barangan yang bagus untuk si kaya-tetapi buat pekerja ia menghasilkan kesusahan. Ia menghasilkan istana-tetapi untuk pekerja, pondok. Ia menghasilkan keindahan-tetapi untuk pekerja, kecacatan. Ia menggantikan buruh dengan mesin-.....dan para pekerja lainnya bertukar menjadi mesin...”
Marx and Engels,’ Economic and Philosophical Manuscript’ (1844) from ‘Socialist Thought: A Documentary History’ edited by Albert Fried and Ronald Sanders, Anchor Books (1964) pp 282-3
6) “Tetapi jika semua para pemuka fahaman-fahaman (sebagaimana yang mereka lakukan) menyokong kerja-bukan sahaja kerana mereka merancang untuk membuat orang lain melakukan kerja mereka – amat berat untuk mereka berkata demikian. Mereka akan terus-terusan bercakap tentang gaji, jam kerja, keadaan bekerja, eksploitasi, produktiviti, keuntungan. Mereka dengan senang hati akan bercakap tentang apa saja kecuali kerja itu sendiri. Pakar-pakar ini yang menawarkan untuk berfikir bagi pihak kita sangat jarang sekali berkongsi kesimpulan mereka tentang kerja, untuk kesemua hal yang penting dalam hidup kita semua. Sesama mereka, mereka berdolak dalik tentang perincian perkara. Kesatuan sekerja dan pihak pengurusan bersetuju bahawa kita perlu menjual masa kehidupan kita untuk ditukarkan dengan kelangsungan hidup, meski mereka membuat tawar-menawar harga. Golongan Marxist berfikir kita perlu diketuai majikan birokrat. Libertarian pula berfikir kita mesti diketuai oleh majikan golongan ahli perniagaan. Feminis tidak mempedulikan apapun bentuk bos itu, selagi mana majikannya terdiri dari golongan perempuan”
Oleh yang demikian, untuk menjadi penganggur, pengangguran atau untuk secara sedar menolak pekerjaan sepenuh masa, maka ia perlu menjadi kedua-duanya iaitu menjadi tidak wujud (tidak diperakukan atau dinafikan) dan secara sosialnya (tetapi bukan politik) disingkirkan daripada skim rancangan benda dan perkara, kecualilah sudah barang tentu, jika seseorang itu lahir ke dalam wang dan kebangsawanan. Secara ringkasnya, tidak bekerja itu akan meletakkan risiko kemiskinan kebendaan, peminggiran dan diskriminasi. Untuk dapat melibatkan diri dengan-dan berkait – terhadap orang lain, seseorang itu mestilah senantiasa bersedia, sanggup dan berupaya untuk menjual tenaga buruh dirinya (untuk digunakan orang lain). Seseorang itu perlu belajar untuk menjadi seorang pekerja.Tetapi apakah kebaikan seorang 'pekerja' kepada majikannya jika 'ia' tidak boleh dieksploitasi untuk keuntungan DAN keseronokan?
Bagaimana kita menerima 'kerja' & menyintainya
Tetapi apakah makna hidup jika tidak memburuh, membeli-belah, beranak-pinak dan memiliki simpanan yang mencukupi sehinggalah kita mati?
Cara bagaimana 'kerja' telah dibina, dipakej dan digalakkan untuk menjadi serapat yang mungkin dengan jatidiri, kecenderungan seksual, perhentian dalam kehidupan dan martabat diri adalah tidak jujur. Ia terbukti bilamana kita melihat segmen pasaran seperti makanan dan restoran, fesyen dan perabot, perkakas, kaedah dan jenis pengangkutan, tempat, kedai, hiburan dan maklumat, rawatan, perkhidmatan dan susunan tempat duduk, penempatan kediaman, penjagaan kesihatan dan malahan kelengkapan tandas disasarkan secara khusus daripada kerjaya dan darjat dalam masyarakat. Cara keseluruhan bertindak, tingkah laku dan bergaul secara teliti diikat dengan pekerjaan seseorang yang dikaji, dibedah siasat, dipakej semula dan digalakkan dalam pasaran untuk dibeli dan digunakan7.
Kita boleh dimanipulasi, diperas dan dieksploitasi, secara –demografi- kependudukan dan geraf –psikologi- kejiwaan kerana kita semua adalah 'pengguna'8.
Namun demikian, kita berkembang dan malahan setiap hari menggilap rantai fizikal dan psikologi yang mengikat kita. Kita tidak berani untuk membayangkan bahawa kehidupan ini ada banyak lagi selain tersangkut dengan kerja, dalam masa yang sama dengan putus asa menunggu hujung minggu dan hari gaji. Kemudian, apabila kita melucutkan ‘perisai tubuh’, seragam pakaian kerja, pakaian pejabat, tali leher bersimpul jerat, dan permukaan ‘profesionalisme’ serta dengan bersemangat memakai jubah pemujaan pusat beli-belah, melepaskan si pengguna taat kepada agama membeli-belah dengan penuh keseronokan, seolah-olah dalam penantian penuh bersemangat menunggu datangnya Kiamat! Namun kemabukan ‘rohani’ ini tidak abadi. Apa yang tersisa kemudiannya adalah rasa bersalah kerana berbelanja lebih, beban hutang dan barang-barang tidak berguna yang memenuhi ruang kehidupan kita.
Ironisnya, semakin banyak yang kau miliki, semakin kurang kau menjadi diri sendiri9.
7) ‘Kita boleh membezakan kedua-dua keperluan yang benar dan palsu. "Palsu" adalah keperluan yang ditekankan kepada individu oleh kepentingan sosial tertentu dalam penindasan dirinya: keperluan yang mengekalkan kesusahan, keganasan, kesengsaraan, dan ketidakadilan. Kepuasan mereka mungkin yang paling menggembirakan kepada individu, tetapi kebahagiaan ini bukanlah suatu keadaan yang perlu dikekalkan dan dilindungi jika ia berfungsi untuk menangkap pembangunan keupayaan (diri sendiri dan orang-orang lain) untuk mengenal pasti keseluruhan penyakit dan memahami peluang menyembuhkan penyakit ini. Hasilnya maka ghairah kegembiraan(euphoria) dalam kesedihan. Kebanyakan keperluan semasa untuk berehat, untuk bergembira, untuk bertindak dan menggunakan mengikut iklan, untuk menyintai dan membenci apa yang orang lain suka dan benci, tergolong dalam kategori keperluan palsu ini. 'Herbert Marcuse, ‘One Dimensional Man’, Sphere Books Ltd (1970) PP 21-22
Kita bermain pakaian, berinteraksi dan berkomunikasi dalam gerak tubuh dan aneka bahasa yang diambil daripada budaya popular dan iklan. Kita berjalan dengan gaya hidup sombong, lengkap dengan pakaian yang kedengarannya dari luar Negara – malahan kepada nama asing yang kita angkat! – dan lain-lain barangan/ perkakas kepada lagu tema dalaman (kebiasaannya apa sahaja bahan-bahan komersil yang merencatkan minda yang disampaikan oleh pengawal gelombang udara dan gedung beli-belah sebagai muzik) seolahnya kita bergerak dengan keangkuhan turun ke bawah ataupun membuat gaya untuk menarik perhatian seperti para pelakon di dalam produksi filem yang mahal. Media, pengiklan dan semua yang memiliki kepentingan diri-kebiasaannya dagangan-bersubahat untuk memperkukuhkan cara kebiasaan bahawa kita telah dibawa untuk menganggap dan menghukum kita kerana bertindak ‘diluar watak’ dengan kutukan, cemuhan dan penolakan.
Bentuk mengikut fiksyen: kesilapan atau kebodohan10 ... ... .....
Walau bagaimanapun, saat suara sorakan dan sanjungan khayalan, bunyi klik kamera sang paparazzi di dalam kepala kita semakin tenggelam, saat persona diri kita membaca baris-baris ayat perpisahan dan tunduk dengan tirai gemerlapan murah, saat itu kerinduan kita kekal tidak dipuaskan, keinginan kita masih tidak terpenuhkan. Datang pagi Isnin yang ditakuti, kita kembali ke cara yang diatur semula sekali lagi, bersiap untuk memulakan kitaran rutin tidak berguna dan tidak menyenangkan, urusan jahat untuk membuat ‘kehidupan’ (jadi kita boleh terus membayar bil-bil yang tidak habis-habis dan hutang-hutang yang semakin bertambah.) Kenyataannya, ramai di kalangan kita yang mengalami ‘blues hari Isnin’ sehinggalah tiba hujung minggu. Kita menumbuhkan lemak, tua, berkedut, dan botak, menjadi sakit, penat, bongkok, merasa kecewa, sinis, dan tidak peduli – atau kesemuanya sekali – sebelum masanya.
Kehidupan=Buruh
Apakah ‘kerja’ itu merupakan ‘kejahatan’ yang diperlukan sebagaimana ia dibuat, kesulitan sepanjang hayat yang perlu ditolak-ansur dan dialami? Orang-orang perniagaan rapat bekerja dengan kelas pemerintah (tanpa mengira ideologi, keturunan, baka atau apa jua ‘isme’ yang didakwa sebagai anutan mereka) bersama-sama penjaga pagar kepada Yang Maha Kuasa dengan lantikan diri sendiri selama ratusan tahun menggerudi ke dalam spesis kita bahawa seseorang itu perlu mengalami penghinaan dari ‘kerja’ atas berbagai sebab yang tak terelakkan seperti ‘dosa asal’, ‘karma yang buruk’, ‘takdir’ atau ‘tuah’.
8) Ibid 'Keperluan tersebut mempunyai kandungan dan fungsi masyarakat yang ditentukan oleh kuasa luaran di mana individu tidak mempunyai kawalan; pembangunan dan kepuasan keperluan-keperluan ini adalah bersifat heteronomous (seseorang pada saat awal kehidupannya belum memiliki pendirian kuat dalam menentukan sikap dan perilaku, atau dapat dikatakan bahawa dalam menentukan pilihan keputusan sesuatu perilaku, masih dilandasi aneka rencam dan sering bertukarnya ketentuan dan kepentingan). Tidak kira berapa banyak keperluan itu mungkin menjadi keperluan individu itu sendiri, dikeluarkan semula dan diperkukuhkan oleh syarat-syarat kewujudannya; tidak kira berapa banyak dia mengenal pasti dirinya dengan mereka dan mendapati dirinya dalam kepuasan mereka, mereka terus menjadi apa yang mereka dari awal lagi-produk masyarakat yang kepentingan penguasaan utamanya menuntut penindasan '. PP 22 (penegasan ditambah)
9) Ibid Pilihan bebas di antara pelbagai barangan dan perkhidmatan tidak menandakan kebebasan jika barangan dan perkhidmatan tersebut mengekalkan kawalan sosial terhadap kehidupan dalam kesusahan dan ketakutan-yang, jika mereka mengekalkan keterasingan’
Sudah barang tentu, mereka tidak pernah melihat keperluan bagi menjelaskan diri mereka untuk hidup bebas dan tanpa segan silu atas buruh orang lain, dengan apa jua cara sekalipun. Triniti (gabungan tiga serangkai menunggal) kekuasaan ini menakhluk imaginasi dan potensi kita untuk menjadi diri sendiri dengan paksaan, muslihat dan denda. Kepercayaan bahawa hidup adalah hukuman sebagai penebusan dosa bagi 'maksiat' atau keputusan sebab akibat 'kehidupan lampau', malahan hasil permainan kebetulan atau takdir, digunakan untuk membenarkan penindasan yang dikenakan ke atas kita, nasib malang yang menimpa kita atau pada perhentian-perhentian kehidupan yang menemukan kita ke dalamnya. Ia membuka pintu pagar kepada kezaliman tak terkawal, diskriminasi, eksploitasi dansikap acuh tak acuh.
Kesemua monumen dan kononnya keajaiban dunia buatan manusia sekarang ini berada dalam runtuhan kerosakan, ia pernah dibina dengan eksploitasi dan jutaan pundak patah buruh paksa yang berdiri di atas asas-asas kepercayaan itu. Namun kita belum lagi belajar! Kita melihat revolusi terhadap institusi, dan seterusnya para revolusioner pula bertukar menjadi institusi, membangunkan menara Babylon mereka sendiri, angkuh memaparkan keunggulan dengan mengatasnamakan rakyat, dan dibayar dengan kesusahan rakyat, sebelum (akhirnya) ditumbangkan oleh rakyat sebagaimana kitaran tersebut berulang, seperti yang kita saksikan kini di beberapa buah Negara timur tengah, misalnya Mesir Tunisia11, Libya, Syria, Yemen, Qatar, Bahrain dan lain-lain lagi.
Bagaimana kehidupan mewarisi keadaan yang sukar ini?
10) ‘Bagi ramai orang di kalangan kita, membeli barangan dan perkhidmatan yang kita tidak mahukan dapat menghadirkan keajaiban secara psikologi. Apabila kita berbelanja, kita lihat ganjaran kerja keras kita. Suatu masa dahulu, ganjaran tersebut lebih abstrak. Kita dapat berasa gembira kerana kita melakukan tanggungjawab kita kepada Tuhan atau masyarakat kita, atau menikmati perasaan bahawa kerja itu sendiri suatu kegiatan mulia, sesuatu yang baik untuk dilakukan. Kerja kita bukan sahaja kegiatan kewangan tetapi juga rohani dan keagamaan. Pada zaman agama, faham kebendaan, hedonisme berfoya-foya, yang menghubungkan kebahagiaan dengan penggunaan semuanya dianggap sebagai kegiatan yang meragukan. Tetapi untuk dunia sekular kita, tidak ada rasa malu dalam menjadi cukup cetek untuk nafsu menginginkan pisau mezzaluna atau mortar dan alu. Penggunaan telah memenuhi vakum makna pada abad ke dua puluh satu dan memainkan peranan penting dalam cita-cita kita. Kamu tidak boleh mendapat kerja yang menarik – sudah tentu tidak semua orang boleh-tetapi anda boleh menyederhanakan kemarahan dan kesedihan kerana disingkirkan dengan tegar membeli, dengan mendapatkan barangan yang menggambarkan anda dan bagaimana anda menjalani kehidupan anda.’Helen Trinca &Catherine Fox, ’God to gold card: what drives us to work’ from ‘Better than Sex: How a whole generation got hooked on work’ Random House Australia Pty Ltd (2004) PP 61
“Kesemua binatang adalah setara tetapi sesetengah binatang lebih setara dari lainnya”12
257 tahun yang lalu, Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) menulis dalam dokumen revolusionernya ‘A Discourse on Inequality’ ['Sebuah Wacana terhadap Ketidaksetaraan’]: “ Saya membezakan dua jenis ketidaksetaraan dalam spesis manusia; pertamanya saya gelar kesemulajadian atau fizikal kerana ia ditubuhkan oleh alam, dan terdiri daripada perbezaan umur, kekuatan, kesihatan badan serta ciri-ciri fikiran atau jiwa; kedua kita boleh panggil sebagai ketidaksetaraan moral atau politik kerana ia berasal daripada satu bentuk adat kebiasaan, dan ia ditubuhkan, atau paling kurangpun diberi kuasa dengan persetujuan manusia. Ketidaksetaraan yang kedua itu terdiri daripada keistimewaan yang berbeza, yang dinikmati sebahagian orang dengan memudaratkan hak terhadap orang lain – sepertimana mereka menjadi lebih kaya, lebih dimuliakan, lebih berkuasa dari orang lain, dan menjadikan diri mereka dipatuhi oleh orang lain”
Ketidaksetaraan politik atau moral’ ini yang diberikan kuasa dengan kononnya atas ‘persetujuan’ manusia didesak sehingga menjadi bentuk yang paling rumit dan canggih, menemukan lambangnya yang lengkap dengan munculnya ‘tamadun’. Perkataan itu sendiri menyihirkan imajan bandar-bandar yang menakjubkan dan monumen megah, pencapaian intelektual yang tinggi, artistik, kehalusan budaya dan penemuan saintifik yang dijelmakan oleh bangsa atau negara tertentu (biasanya barat). Tamadun-tamadun sinonim dengan empayar, dan kesemua empayar besar masa lalu memberikan dunia 7 keajaibannya, penulisan dan kira-kira, institusi pihak berkuasa dan sistem nilai yang dilembagakan dan lain-lain lagi dibina diatas tenaga buruh yang dibekalkan oleh lapisan paling bawah dalam susunan hierarki hamba dan tuan. Namun demikian, sebagaimana perca robekan kepada cerita-cerita kekayaan, ‘tamadun’ mempunyai permulaan yang sederhana 13.
Ia berpunca daripada banyaknya makanan ruji nenek moyang kita, yang kita nikmati hari ini, seperti gandum liar,barli, beras, jagung dan berbagai jenis haiwan ternakan seperti kambing, lembu, babi dan biri-biri. Ia amat berkesan meyakinkan nenek moyang kita si pemburu/pengumpul berpindah randah untuk memilih penempatan pertanian14. Untuk pertama kalinya kehidupan pertanian menghasilkan bekalan makanan yang berterusan kepada kesemua suku puaknya, meskipun keterlaluan dan berlebihan. “The creation of this surplus was the key that was to unlock the gateway to civilization 15.”
["Penciptaan lebihan ini merupakan kunci yang membuka pintu masuk ke tamadun."]
12) From ‘Animal Farm’ (1945) by George Orwell
13) ‘Kejayaan itu datangnya pada titik di mana Afrika, Asia dan Eropah bertemu. Di sana, di hujung timur Mediterranean, berlaku perubahan kecil dalam tingkah laku makan manusia yang telah mengubah keseluruhan haluan kemajuan manusia. Ia cukup remeh dan mudah dengan sendirinya, tetapi kesannya menjadi cukup besar. Hari ini kita mengambil mudah: kita memanggilnya pertanian '.Desmond Morris, ‘The Human Zoo’ Corgi Books (1971) PP 17
14) Ibid "Bukanlah suatu kebetulan bahawa dua wilayah lainnya di bumi, kemudiannya menyaksikan kelahiran tamadun purba yang berasingan (selatan Asia dan Amerika Tengah), yang mana merupakan tempat di mana pemburu / pengumpul menjumpai tumbuh-tumbuhan liar yang sesuai untuk penanaman: beras di Asia dan jagung di Amerika. PP 19
15) Ibid.
Peralihan daripada kehidupan pemburu-pengumpul kepada pertanian16 juga membawa manfaat lain seperti tinggal di dalam masyarakat yang lebih besar, yang menyediakan keselamatan buat ahli-ahlinya. "Suku kaum itu bukan sahaja boleh menjadi lebih besar, tetapi ia boleh membebaskan beberapa orangnya untuk tugas-tugas lain: bukan tugas sambilan, dipasang di sekitar keutamaan tuntutan mencari makanan, tetapi kegiatan sepenuh masa yang boleh berkembang sebagai hak mereka sendiri. Lahirlah suatu zaman pengkhususan. Daripada permulaan yang kecil, muncul kota yang pertama17 pertama "(penegasan ditambah)
Penguasaan dan Darjat Masyarakat
Marx and Engels menulis pada tahun 1848 bahawa "Sejarah semua lapisan masyarakat yang sedia ada sehingga kini adalah sejarah perjuangan kelas."18
Walaupun setiap ahli suatu suku pemburu / pengumpul menyumbang untuk memastikan kelangsungan hidup sukunya, di dalam sebuah masyarakat, individu atau kumpulan penguasa-sama dengan mamalia yang lebih besar dan kuat yang hidup dalam perkumpulan- akan berusaha untuk menguasai satu sama lain. Untuk beberapa alasan psychopathological (kajian sakit jiwa) dan dalih yang aneh, mereka percaya bahawa mereka berhak untuk lebih dari orang lain, meski kurang melakukan sesuatu dari yang lainnya, kita amat terhutang dari mereka19!
Dalam mana-mana kumpulan yang teratur, selalu ada perebutan untuk dominasi sosial dan darjat20. Implikasinya jauh lebih parah dan berbahaya bilamana penguasaan seseorang individu, sesuatu kumpulan atau kelas – yang paling keji dan jahat menjadi suatu bangsa tuan – terhadap lainnya dipertahankan dengan rayuan ketuhanan, etnik dan takdir. Walau bagaimanapun, jika strategi ini tidak berkesan kelas penguasa menggunakan penipuan dan gangguan, manipulasi, dorongan imbuhan dan umpan.Tetapi jika kesemua ini gagal, ia akan menggunakan cara daripada berselindung kepada ancaman terbuka dan kekerasan yang cukup jelas dibenarkan oleh undang-undang dan sokongan orang ramai.
16) Zerzan membentangkan alternatif kepada idea bahawa peralihan kepada kehidupan pertanian tidak begitu banyak kerana kekurangan dan gangguan bekalan makanan berterusan untuk memenuhi semakin ramai manusia yang membawa kepada penanaman tanaman dan penternakan haiwan. Sebaliknya, ia berpunca daripada meningkatnya peranan penting haiwan dan tanaman tertentu yang mula dimainkan di dalam upacara keagamaan zaman Neolitik untuk tujuan korban dan ketuhanan. Lihat John Zerzan, ‘Elements of Refusal’ (1989) from ‘Against Civilization: Readings and Reflections’ (edit) John Zerzan, Feral House. PP 68
17) Desmond Morris, ‘The Human Zoo’ Corgi Books (1971) PP 19
18) Marx dan Engels mengemukakan dakwaan untuk menyenaraikan kelas-kelas yang berlawanan bermula dari zaman awal sejarah kepada perkembangan yang membawa kepada kebangkitan dua kelas zaman moden yang saling bertentangan, borjuis dan proletariat. http://en.wikipedia.org/wiki/The_Communist_Manifesto
19 ) "Manusia yang pertama, setelah memagari sebidang tanah, berfikir untuk mengatakan 'ini adalah milik aku' dan mendapati orang cukup mudah untuk mempercayai dia, merupakan pengasas sebenar masyarakat sivil. Berapa banyak jenayah, peperangan, pembunuhan; berapa banyak kesengsaraan dan kengerian terhadap umat manusia yang akan diselamatkan jika ada seseorang yang menarik balik pegangan tersebut dan mengorek parit serta menyeru manusia: berhati-berhati mendengar kata-kata si penipu ini. Kamu akan hilang, jika kamu lupa bahawa hasil bumi milik semua orang dan bumi ini tidak dimiliki oleh sesiapa!”] Jean-Jacques Rousseau, ‘A Discourse on Inequality’ Penguin Books (1984) PP
Bagi sesetengah orang, pandangan21 bahawa apabila organisasi sosial masyarakat atau negara ditubuhkan berdasarkan kedudukan kelas, darjat, pengkhususan atau pembahagian kerja, maka ianya memastikan keseimbangan yang membolehkan proses interaksi dan kerjasama membawa kepada faedah kebaikan bersama secara keseluruhannya. Hubungan ‘symbiosis’ saling memerlukan sokongan dan eksploitasi ini tumbuh dan berkembang selaras dengan pertumbuhan tamadun. Dari pekan ke kota dan keperluan sumber serta ruang berkehidupan menghasilkan samada perdagangan atau penakhlukan atau kedua-duanya sekali terhadap pekan-pekan bersebelahan, kota-kota dan negara jauh dan dekat.
Kemudiannya, Negara bangsa dengan cita-cita penjajahan, dibantu dengan subahat golongan kelas saudagar (juga dikenali sebagai pemodal kapitalis dan borjuis) memunculkan kapitalisme kolonial, menakhluk orang dan mengeksploitasi mereka, antara lainnya sebagai buruh hamba yang bekerja di ladang-ladang tanaman kontan, pembinaan kemudahan dan infrastruktur untuk penjajahan dagangan (dan sekutu mereka) serta perlombongan sumber semulajadi di tanah yang dijajah dan lain-lainnya lagi.
Pembahagian tenaga buruh yang dibangunkan daripada kehidupan pertanian kini memaksa ‘merekrut’ seramai mungkin ahli-ahlinya kepada darjat paling bawah dalam susunan hierarki penjajahan dari golongan hamba, kaum petani yang tak bertanah dan mereka yang dibawah penguasaan penjajah bersama-sama dengan mereka yang menjadi hamba dengan perjanjian bertulis.
20) Francis Fukuyama, memetik taksiran Alexandre Kojeve terhadap karya Hegel yang berjudul ‘The Struggle for Recognition’ [Perjuangan untuk Pengiktirafan], meletakkan idea bahawa manusia menginginkan lebih daripada benda-benda material, "Paling penting, dia juga menginginkan apa yang dihajatkan oleh orang lain, bahawa untuk dikehendaki oleh orang lain atau untuk dihargai. Malahan, bagi Hegel, seseorang individu itu tidak dapat menjadi sedar diri, iaitu menyedari dirinya sebagai manusia yang terpisah dari manusia lainnya, tanpa diiktiraf oleh manusia lainnya. Manusia, dengan kata lainnya, memang dari mulanya merupakan seorang makhluk sosial: martabat dan jati dirinya sangat berkait rapat dengan nilai yang diletakkan orang lain terhadapnya.”
-Bagaimana pula dia mendapatkan pengiktirafan itu? Dengan keupayaan untuk mengambil risiko terhadap nyawanya sendiri dalam mengejar penghormatan tulen:-
"... Pertemuan dengan manusia lain membawa kepada pertentangan ganas di mana setiap peserta memasang hasrat untuk membuat pihak lain " mengiktiraf "dirinya dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri." Dalam pertentangan ganas ini, selain daripada kemusnahan bersama kedua-dua peserta atau kematian salah seorang "di mana orang yang hidup masih tidak berpuas hati kerana tiada lagi suatu kesedaran manusia untuk mengiktiraf dirinya.” Fukuyama beranggapan bahawa "kefahaman awal Hegel tentang penyusunan lapisan kelas awal barangkali lebih tepat dari Marx,” iaitu merupakan hasil akibat ketiga, dimana “pertempuran boleh menamatkan hubungan ketuanan dan perhambaan, yang mana salah satu pihak memutuskan untuk menyerahkan kehidupannya menjadi hamba daripada berhadapan dengan risiko kematian yang ngeri.
Si tuan kemudiannya berpuas hati kerana dia telah membahayakan nyawanya dan menerima pengiktirafan atas sebab melakukan yang sedemikian dari manusia lainnya.” Fukuyama menawarkan “etos kepahlawanan”, bahagian teras budaya masyarakat bangsawan di seluruh dunia sebagai dalil buktinya. “Banyak masyarakat bangsawan tradisional pada asalnya bangkit daripada “etos pahlawan” puak-puak yang berpindah-randah yang menakhluk orang-orang yang duduk menetap melalui kekejaman yang unggul, kezaliman dan keberanian. Selepas penakhlukan awal, si tuan dalam generasi berikutnya menetap di lading-ladang dan memainkan hubungan ekonomi sebagai tuan tanah menuntut cukai dan ufti dari “para hamba” petani yang ramai jumlahnya diperintah mereka itu” Francis Fukuyama, ’The struggle for recognition’ from ‘The End of History and the Last Man’. The Free Press, Macmillan (1992) PP146-8
21) Pengiktirafan kelas yang berbeza telah membolehkan ahli-ahli kelas di bawah satu kelas atasan untuk mencapai status penguasaan lebih realistik di peringkat kelas mereka. Tergolong dalam sesuatu kelas lebih daripada sekadar soalan tentang wang semata-mata. Seorang manusia di bahagian atas kelas sosial rendah boleh mendapat lebih daripada seorang manusia di bahagian bawah kelas atasan. Ganjaran untuk menjadi dominan di peringkat kelasnya sendiri mungkin menyebabkan dia tidak mahu meninggalkan kelas-puaknya sendiri '. Desmond Morris, ‘The Human Zoo’ Corgi Books (1971) PP 55
Keterasingan (pemberian hak milikan diri) = kemalasan?
Syed Hussein Alatas, dalam karyanya yang menggemparkan sejarah22 mendedahkan soal pokok ideologi yang menggambarkan imej hina rakyat terjajah – daripada rupa biologi mereka, kepercayaan hinggalah kepada adat resam dan kerajaan tradisionalnya – yang bertujuan untuk menutup dan membela penjajahan serta penindasan oleh kuasa-kuasa penjajah. Kritikan utama yang ditemukan dalam kebanyakan penulisan kolonial merupakan anggapan ‘kemalasan’ peribumi. ‘Kemalasan’ ini yang menyebabkan banyak kekecewaan dan kemarahan di pihak penjajah berpunca daripada hakikat bahawa ramai peribumi dan orang asal sangat jarang atau berat hati untuk ‘bekerja’ dengan pihak penjajah tersebut. Mereka mungkin dijajah atau ditindas tetapi mereka tidak mudah dieksploitasi sebagai perkakas atau buruh yang dipercayai dalam perkhidmatan penjajah24. Tugas itu kemudiannya diisi oleh para pendatang - yang mana dibawa secara berama-ramai – hanya lebih baik sedikit daripada hamba dan bukan sepatutnya menjadi buruh kontrak dari tanah jajahan lainnya25. SH Alatas tidaklah merujuk ciri-ciri dan sifat-sifat yang dipaparkan oleh para penduduk asal dan peribumi di kawasan jajahan – malahan di bawah perhambaan feudal dan semasa era penjajahan – di dalam penulisan penjajah sebagai gejala keterasingan (Alienation) [pemberian hak milikan diri]. Namun dengan membuang pandangan perkauman yang disuntik ke dalam ‘pemerhatian’ tidak saintifik dan tidak berasas, penulis ini meyakini bahawa keterasingan merupakan sebab disebaliknya.
Kerja= Keterasingan (pemberian hak milikan diri)?
Apakah itu keterasingan26 dan bagaimana ianya berlaku, terutamanya dalam masyarakat pasca industri kita ini? Kita mula bertanyakan beberapa persoalan asas. “Kenapa orang bekerja?”
“Mereka bekerja bagi kelangsungan hidup dan membeli barangan yang mereka mahukan, bukan untuk memenuhi keperluan daya cipta dan bukannya kerana ganjaran hakiki semulajadi yang disediakan pekerjaan”27.
Tetapi jika mereka mempunyai kerja (dan gaji) kenapa mereka menjadi terasing?
“Ini kerana para pekerja diasingkan daripada kuasa-kuasa penghasilan (iaitu, mereka tidak memiliki mesin, tanah atau sumber-sumber alam), di antara satu sama lain (iaitu, mereka menjadi pesaing untuk kerja, jaminan, promosi dan gaji), daripada benda yang mereka hasilkan (iaitu, benda-benda yang mereka buat biasanya untuk orang lain) dan daripada diri mereka sendiri (iaitu, mereka tidak dapat mengawal kerja dan nasib mereka sendiri)”28
Pendek kata, seorang pekerja secara umumnya tidak memiliki harta, cara-cara pengeluaran dan bahan-bahan mentah, yang mana mereka dapat kerjakan dan menjualnya bagi keuntungan atau manfaat mereka dan berunding untuk kelebihan dan faedah mereka. Ini disebabkan kesemua yang tersebut tadi kini dimiliki oleh kelas pemerintah, perniagaan swasta, pemilik tanah swasta dan lain-lain lagi. Untuk terus melangsungkan kehidupan dan memiliki cara-cara untuk membeli barangan, mereka perlu menjual satu-satunya perkara yang masih mereka miliki, tenaga buruh manusia. Namun si pekerja perlu bersaing dengan orang lain yang turut menawarkan tenaga buruh manusia, kadangkalanya dengan harga yang rendah. Keadaan sebegini menguntungkan majikan kerana dia memiliki kemewahan untuk mengekalkan gaji yang rendah dan manfaat yang sedikit kerana mereka memastikan menjadi pengambil semuanya, bagaimana sekalipun.
22) S.H Alatas, ‘The Myth of the Lazy Native: The image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th century and its function in the Ideology of Colonial Capitalism’ (1977) Frank Cass and company limited
Dengan kemajuan dan peningkatan teknologi yang berterusan, ramai majikan hari ini tidak memerlukan ramai pekerja. Ini disebabkan mesin dapat dieksploitasikan semaksimum mungkin dalam penghasilan barangan dan perkhidmatan. Malah, mesin dan pembaharuan teknikal lainnya telah menjadikan orang kehilangan pekerjaannya selama berabad-abad, paling berkesan muncul di era Revolusi Industri dengan akibat yang amat jauh sekali. Banyak jenis pekerjaan hari ini menjadi begitu khusus dan tidak berperasaan, yang mana ia tidak mengambil kira kebajikan pekerja, pembangunan, daya cipta dan hal lainnya. Ini kerana pekerjaan tidak bererti memberi faedah kepada pekerja tetapi hanya memerlukan pekerja untuk patuh dan mencapai matlamat majikan, untuk menjana keuntungan. Hal ini menyebabkan pekerja menjadi kecewa kerana apa yang ditawarkan mereka iaitu tenaga buruh manusia mereka (termasuklah keperibadian sosial, keupayaan mental dan fizikal mereka) telah susut nilainya atau dinilaikan kurang jika dibandingkan dengan para pekerja lainnya, terutamanya buruh dari luar negara dan mesin. Mereka dilihat sebagai korban untuk mencapai sesuatu matlamat majikan. Dilayan sebagai barang yang mudah diganti pada harga diskaun, si pekerja kehilangan maruah dan kemanusiaannya.
Aku cinta (……………………..) isme!
Bagaimana pekerja mengatasi rasa keterasingan ini? Dari revolusi kepada reformasi dan sekarang ini kepada rayuan tawaran, para pekerja, secara perseorangan atau berkumpulan umumnya menghadapi perjuangan yang sukar dan hampir mustahil bagi mengatasi keadaan ini dengan membaik pulih atau mengubah status quo. Hal ini disebabkan keadaan persekitaran bersubahat untuk memutarbelit dan mengalahkan usaha-usaha mereka28. “Oleh kerana fikiran pada setiap zaman, sebahagian besarnya, merupakan fikiran yang mendokong kepentingan kelas pemerintah dan kerana institusi-institusi berkhidmat sebagai jentera untuk mengasak paksa fahaman ke atas orang ke dalam gagasan kenyataan kaum pemodal. Marx menganjurkan kewujudan penipuan ke atas masyarakat luas ini dengan gelaran kesedaran palsu (False consciousness) . Kesedaran palsu merupakan penerimaan fikiran kelas pemerintah, dan ianya merupakan kegagalan untuk mengkritik kelas kaum pemodal. Kesedaran palsu menggalakkan orang ramai untuk mempercayai bahawa apa yang baik bagi pihak kaum pemodal adalah benar-benar baik untuk orang lain. Kawalan khususnya, menjadi sangat berkesan bilamana kesedaran palsu benar-benar dipercayai oleh ramai orang yang tiada kaitan, yang menegaskan bahawa kelaziman versi kenyataan sekarang adalah satu-satunya realiti.” 29
23) Ibid ‘The colonial capitalist criteria of industriousness are here fully revealed. Only labour which directly promoted profit could disqualify the subject from being labelled as "indolent"’ PP 221 (emphasis added)
24) Ibid see Chapter 5 ‘The Image of Indolence and the Corresponding Reality’ PP70
25) Ibid see Chapter 6 ‘Colonial Capitalism and its Attitude towards Labour in the 19th and Early 20th Century’ PP83
26) Various definitions of ‘Alienation’ see
27) John Curra, ‘Understanding Social Deviance: From the near side to the outer limits’. Harper Collins College Publishers (1994) PP 46
28) Ibid
29) Ibid
Pandangan lain mengenai keterasingan yang dikongsi oleh para pekerja (sama ada dalam negara sosialis atau kapitalis) terang-terangan ditolak sebagai helah, alasan dan penyakit daripada sikap bertanggungjawab untuk kehidupan dan kesejahteraan diri seseorang itu30.
Bukanlah niat penulis untuk menghukum atau untuk mengangkat satu fahaman lebih dari lainnya. Penulis hanyalah semata-mata ingin menunjukkan keadaan-keadaan dan pengalaman-pengalaman yang terlalu biasa bagi orang-orang yang telah bekerja, yang kini masih bekerja dan mereka yang bakal menyertai guna tenaga kerja. Rujukan dalam tulisan ini merupakan amalan akademik untuk menyorot pandangan-pandangan menentang atau pendapat gantian pilihan terhadap pekerjaan, kesan-kesan berserta gagasan-gagasannya. Penulis berpendapat sebagai seorang dewasa berupaya yang berjuang – sebagaimana kesemua orang dewasa yang waras mesti –untuk mencari dan mencapai keseimbangan, kepuasan dan kewujudan yang bererti khususnya melalui pekerjaan, adalah menjadi kewajipannya untuk membuat keputusan yang waras, bertanggungjawab dan kritikal31 berkenaan hala tuju kehidupan, masa depan dan pekerjaannya yang perlu diambil.
Jika seseorang itu, kerana takut kepada kemerdekaan, imaginasi dan tanggungjawab memilih untuk kaku, dalam kebuntuan rutin32 atau sepenuhnya mengabaikan daya fikir kritikal – untuk dengan mudahnya meninggalkan tanggungjawab atas perbuatannya – seseorang itu hanya pak turut kepada gerombolan ramai orang dengan tidak membantah33 terhadap telunjuk pihak berkuasa atau pemujaan personaliti, seseorang itu telah melucutkan anugerah paling muktamad yang dikurniakan ke atas umat manusia, iaitu, kebebasan memilih.
30) ‘Kaum borjuis (pemodal), dengan kemajuan pesat segala perkakas pengeluaran, dengan cara yang sangat memudahkan perhubungan, menarik kesemuanya, malah negara-negara yang paling barbarian (liar) ke dalam ketamadunan. Harga barangannya yang murah merupakan senjata berat yang memukul runtuh kesemua tembok China. Ianya memaksa ‘orang-orang liar’ ini bersungguh-sungguh berdegil membenci orang luar untuk menyerah. Ia memaksa semua bangsa kepada kesakitan kepupusan, untuk menerima pakai cara-cara pengeluaran kaum pemodal; ia memaksa untuk memperkenalkan apa yang dipanggil ketamadunan ke tengah-tengah kehidupan mereka, iaitu, untuk mereka menjadi kaum pemodal sendiri. Dengan kata lainnya, ia menciptakan sebuah dunia dengan rupanya sendiri.” Sila lihat http://en.wikipedia.org/wiki/The_Communist_Manifesto
31)“ Seseorang itu tidak perlu untuk menjadi seorang pengikut fahaman Marx untuk menyedari bahawa golongan pemerintah yang paling berkuasa menegakkan perintah sosial, ekonomi dan politik yang pastinya akan menggunakan kesemua saluran yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku bagi menyebarkan fahamannya ke atas jiwa rakyat. Pusat-pusat pengajian tinggi, akhbar, gereja, parti politik, sekolah, buku-buku, kesemuanya digunakan untuk tujuan ini” S.H Alatas, ‘The Myth of the Lazy Native’ Frank Cass and company limited (1977) PP 17
32) ‘Masalah keterasingan (pemberian hak milikan diri) tidaklah bersifat metafizik (melangkaui fizik); ianya bukan nasib semulajadi manusia, tidak pernah lari, seperti sejenis Dosa Asal (Original Sin); ia adalah wabak penyakit (disease). Ianya bukan akibat kapitalisme atau fahaman pengindustrian atau “bigness” (kegergasian organisasi) – perundangan tidak dapat menghilangkannya daripada kewujudan dengan menghapuskan hak-hak pemilikan peribadi. Masalah keterasingan adalah psiko-epistemologi (kejiwaan-pengkaedahan pengetahuan manusia): ia berhubung dengan bagaimana manusia memilih untuk menggunakan kesedarannya. Ia merupakan hasil pemberontakan manusia terhadap pemikiran – yang bermaksud: melawan kenyataan. Jika seseorang manusia itu ingkar pada tanggungjawabnya mencari pengetahuan, memilih nilai-nilai dan menetapkan matlamat – jika inilah ruang dia menyerah kepada kekuasaan orang lain- bagaimana dia lari daripada perasaan bahawa alam semesta tertutup dari dirinya? Ia adalah. Dengan pilihan dirinya sendiri.’ Nathanial Branden, ’Alienation’ from ‘Ayn Rand, Capitalism: The Unknown Ideal’, Signet, New American Library (1967) PP295
Dengan tidak mengamalkan anugerah ini – dan hak – seseorang itu telah melakukan ketidakadilan yang cukup berat ke atas dirinya sendiri dengan kesan yang cukup luas terhadap generasi akan datang.
33) Ibid ‘Orang yang terasing (memberi hak milikan dirinya) melarikan diri dari tanggungjawab kesedaran hasrat (iaitu, mengarah dirinya sendiri): kemerdekaan untuk berfikir atau tidak berfikir, untuk memulakan proses kewarasan atau mengelakkannya, beban yang ingin dilepaskannya. Tetapi disebabkan kemerdekaan ini wujud dalam kesemulajadiannya sebagai manusia, tidak ada jalan keluar buatnya: maka rasa bersalah dan kebimbangannya apabila meninggalkan kewarasan dan penglihatannya untuk memilih perasaan dan kebutaan. Namun terdapat satu lagi tahap dimana manusia berdepan dengan isu kemerdekaan: kewujudan atau tahap sosial – dan di sini pelarian boleh terjadi. Kemerdekaan politik tidaklah diberikan secara metafizik: ia perlu dicapai – maka ia boleh ditolak. Akar kejiwaan untuk pemberontakan terhadap kemerdekaan di dalam kewujudan seseorang itu, merupakan pemberontakan terhadap kemerdekaan di dalam dirinya. Akar pemberontakan terhadap tanggungjawab tindakan diri merupakan pemberontakan melawan pengarahan diri di dalam pemikiran. Manusia yang tidak mahu berfikir, tidak mahu menanggung pertanggungjawaban atas akibat perbuatannya untuk hidupnya sendiri”. PP 294
34) ‘’Apa-apa percubaan untuk menyeragamkan kehidupan merupakan suatu bentuk penguasaan yang mengenakan model mengasingkan (pemberian milikan hak diri) ke atas manusia. Penjajahan Eropah dan rentas nasionalisasi Amerika Syarikat memaksa terima corak penyeragaman ke atas perbezaan dan keunikan (tiada taranya) planet dan manusianya. Setiap corak penyeragaman merupakan hasil perancangan kerajaan dan perniagaan, yang beroperasi di dalam syarat-syarat jalur-kesementaraan: perkembangan ke arah matlamat penyeragaman makro (kasar-besar) yang mengambil semua kemerdekaan. Penjajahan yang dipupuk oleh dunia yang kononnya bertamadun menyangkal ciri-ciri khas kesemulajadian manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, tanah, dan lainnya serta memusnahkan kemerdekaan hidup] Jesus Sepulveda, ‘Garden of Peculiarities’ Feral House (2005) PP26
35) 'Semua pergerakan massa rakyat, sepertimana yang dijangkakan seseorang itu, dengan mudahnya menyelinapkan rasa kelegaan yang amat besar terhadap kecenderungan tahap ingatan yang diwakili oleh jumlahnya yang ramai. Jika ramai, maka terdapat jaminan; apa yang dipercayai ramai orang mestilah benar; apa yang dimahukan ramai orang mestilah bernilai untuk berusaha mendapatkannya, dan penting, oleh itu mestilah baik. Dalam keributan ramai terdapat kuasa untuk merampas hasrat – terkabul dengan kekerasan; namun yang paling manis sekali, menyelinap semula ke alam kanak-kanak yang lembut dan tanpa kesakitan, ke dalam syurgawi penjagaan ibu bapa, bersuka-ria tanpa pertanggungjawaban. Kesemua pemikiran dan pemerhatian kemudiannya dilakukan dari atas; terhadap semua persoalan ada jawapannya; dan untuk semua keperluan dibuat peruntukan-peruntukan yang diperlukannya. Negeri impian keanak-anakan manusia massa ini tidak munasabah bahawa dia tidak pernah terfikir untuk bertanya siapa yang akan membayar untuk syurganya ini. Keseimbangan akaun ditinggalkan kepada pihak berkuasa politik atau sosial, yang mengalu-alukan tugas tersebut, untuk kuasanya yang bakal bertambah; lebih banyak kuasanya, seseorang individu itu menjadi semakin lemah dan tidak berdaya.’
'Di mana sahaja keadaan sosial jenis ini dibangunkan dalam skala yang besar, jalan kezaliman terbuka luas dan kemerdekaan individu bertukar menjadi perhambaan rohani dan jasmani’ C.G Jung, ‘ The Undiscovered Self’ Mentor, New American Library (1959) PP71
“Pilihlah pekerjaan yang engkau cintai, dan engkau tidak akan perlu bekerja walaupun sehari di dalam hidupmu”- Confucius
Pandangan sempit dan taksiran yang kaku serta jangkaan kebendaan semata-mata daripada ‘kerja’ telah berakar umbi di dalam kesedaran pasca industri kita ini, didorong oleh faham kepenggunaan (konsumerisme) dan diperkukuh oleh nafsu untuk darjat (pengiktirafan), mengasak hasrat keterlaluan untuk membuat lebih banyak duit agar dapat menjaga penampilan, menghasilkan paradigma (misalan) yang berat sebelah terhadap kehidupan. Saat kita mengakui bahawa nilai dan maruah diri sebagai seorang individu bergantung dengan kedudukan kita di dalam darjat sosial, ataupun benda-benda yang kita beli atau perkhidmatan yang kita gunakan, kita memanjangkan pandangan ini yang menyamakan kesemua perkara kepada kekejian martabat dan kerendahan nilai. Hal ini menjejaskan pembangunan diri kita sebagai seorang peribadi (individu) yang sedar dan unik. Kita tidak lagi bergantung pada diri kita sendiri untuk menjana makna-makna dan tindakan-tindakan – ketidakpercayaan kita dan mencela suara batin kebijaksanaan kita sendiri – yang merdeka dan bertujuan untuk memberi manfaat terhadap keperluan kita (dan orang lain), tetapi menyerah kepada kezaliman penghakiman dan telunjuk orang lain untuk kesejahteraan diri kita sendiri, martabat diri dan identiti sosial.
Ketidakseimbangan psikologi dan kekurangan makna kewujudan berpunca daripada kehidupan bekerja dalam banyak perkara terbukti bahawa ‘kerja’ sudah tidak lagi bekerja (Work is not ‘working’ anymore.) Piawaian hidup yang ‘lebih tinggi’ dan keselesaan kebendaan tidak menjamin mutu kehidupan yang ‘lebih baik’. Ini kerana akhirnya, ia tidak diukur dengan ikut-ikutan yang sementara sifatnya (fesyen atau gaya hidup) dan perkara seperti perkakas berteknologi tinggi dan cara-cara teknikal pengeluaran yang kita kaitkan (dan tumbuh) sebagai manusia, tetapi perkaitan hubungan antara satu sama lain. Anjakan keseluruhan pemikiran (dan perasaan!) diperlukan di dalam cara kita memilih untuk hidup dan cara kita memilih untuk menyara kehidupan.
Hidup tidak perlu kepada permainan jumlah sifar (kemenangan atas kekalahan orang lain, atau kekalahan atas kemenangan orang lain) dimana kita mengeksploitasi diri kita sendiri, alam sekitar dan lain-lainnya ke arah kemusnahan bersama untuk ‘kepingan perak dan berperiuk-periuk emas’ . Kita juga tidak perlu membakar diri seperti rama-rama dalam mencari pujian dan keizinan orang yang tidak tetap pendirian (the fickled) dan mementingkan kebendaan (the philistine).
Hasrat pokok penulisan dan pameran yang berjudul ‘BEREHAT’ ini – yang berfungsi sebagai pentas bagi kami untuk melangkah keluar dari ‘kamar petak kecil’ dan melihat gagasan ‘kerja’ (dan hidup) melalui ‘rehat, lega dan pesta ria‘ – untuk menjana pembacaan yang berbeza dan meneroka kemungkinan. ‘Berehat’ merupakan cara semulajadi tubuh menarik perhatian agar menyedari keperluan untuk pergi jauh dari rutin yang membosankan atau tekanan dan desakan, meskipun seketika. Ia membantu kita melegakan fikiran, bermuhasabah, menjana semula dan memberi nafas baru sama ada secara peribadi, dengan alam semulajadi atau bertemankan keluarga dan kawan-kawan.
Catan, lukisan, gambar dan arca yang dipaparkan dalam pameran ini dipilih daripada koleksi Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Ia menyorot kehidupan sehari-hari rakyat sama ada secara berkumpulan atau bersendirian di dalam beragam situasi dan keadaan perasaan. Ia mengajak kita untuk memikirkan kemungkinan dan kenyataan kehidupan seseorang itu selepas waktu bekerja dan di luar kitaran kisaran harian. Kehidupan mesti atau boleh dihidupkan sebagai praxis (rangkuman teori dan amal perbuatan) untuk penemuan diri. Pengetahuan tentang diri sendiri merupakan kesedaran akan kekuatan luaran dan dalaman yang memegang goyangan hasrat dan keinginan tersirat.
Hanya individu yang sedar, dapat mengemudi takdirnya, memerdekakan bakat semulajadinya melalui pilihan ‘kerjanya’ dan ‘memburuh dengan cinta’ menurut pernyataan “dari setiap orang tergantung kemampuannya, kepada setiap orang tergantung sumbangannya”. Maka pada saat itulah, kita menolak fahaman ‘hidup susah membanting tulang’ dan mendakap kegembiraan suatu penghidupan.
Saya amat tidak bersetuju dengan ‘Pengerusi’ (Chairman) Mao (Sze-Tung) bila dia berkata 'Revolusi bukanlah kenduri teh'. Jika para pekerja punya cara sendiri, 'Revolusi' itu mestilah waktu rehat panjang dan disaji dengan 'teh tarik' dan 'nasi lemak'!
Selamat Hari Pekerja!
Penterjemahan oleh Rahmat Haron