Q&A Praktis Kuratorial dgn B.Naim (2012)​
Personal Correspondence (unpublished)
B.Naim (BN) : Apa pendapat anda mengenai kuratorial praktis (curator practice) sebelum anda memasuki institusi (Balai) dan semasa di institusi (Balai) dan selepas keluar (Balai)?
​
Tan Sei Hon (TSH):
-
Saya tidak sedar bahawa aspek-aspek kuratorial dalam sebuah pameran itu begitu penting sekali. Saya dulu berpendapat bahawa sesebuah pameran itu dianggap berjaya jika karya-karya yang dipamerkan itu dapat memberi ilham dan kepuasan/indah dilihat oleh audien berdasar pada kemahiran melukis dan kreativiti/buah fikiran seseorang pelukis. Tetapi saya mula menghayati peranan yang dimain oleh seorang kurator apabila saya diberi peluang untuk menkurasi sebuah pameran lukisan-lukisan yang dihasilkan dalam beberapa sesi seni terapi di Reka Art Space oleh Chee Sek Thim beberapa tahun lepas.
-
Peranan seorang kurator bukan sekadar memilih dan menaikkan karya ala interior decorator atau display artist, tetapi melibatkan kerja2x ‘berat’ seperti penyelidikan, perancangan dan bagaimana untuk menyampaikan maklumat-maklumat hasil dari penyelidikan mengenai karya 2x, pelukis atau temanya kepada khalayak dengan efektif dan memuaskan.
-
Setelah diterima menjadi tenaga kerja sebuah institusi seni awam, saya telah diberi peluang untuk menkurasi sebuah pameran bagi Datuk Chuah Thean Teng bersama dengan saudari Lim Ai Woei. Dalam proses menyelidik sejarah karya2x dan juga latar belakang beliau, kami menjadi lebih yakin dengan peranan dan perlunya ada maklum balas (input) dan intervensi kuratorial dalam penghasilan sebuah pameran yang baik/berjaya. Isu-isu berkaitan dengan praktis kuratorial masih belum ditangani dengan serius oleh pihak 2x yang sepatutnya lebih arif dalam hal-hal ini kerana pengalaman mereka yang telah berpuluh-puluh tahun dalam bidang seni ini.
-
Dengan adanya proses kuratorial, hala tuju dan objektif yang ingin dicapai melalui sesebuah pameran itu disokong dengan maklumat yang memberi konteks kepada karya2x yang dipilih dan juga memperjelaskan peranan pelukis itu dengan lebih teratur dan meyakinkan.
-
Setelah bekerja dalam perkhidmatan awam selama 5 tahun, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke sebuah institusi seni dalam sektor swasta. Saya berpendapat masih ada juga kekurangan dari segi penghayatan dan pemahaman peranan seorang kurator dalam sektor swasta.
BN: Apakah perspektif anda mengenai peranan kurator kontemporari sama ada kurator institusi mahupun independen kurator?
​
TSH:
-
Seorang kurator yang mengambil kedudukan/pendirian untuk memperjuangkan seni kontemporari samada melalui galeri swasta, awam atau secara independen mempunyai peranan yang sama, iaitu memperkenalkan praktis seni kontemporari yang baru kepada khalayak serta memberi justifikasi, konteks dan penjelasan akan pentingnya praktis itu.
-
Yang bezanya, kurator –kurator tersebut terikat dengan kekangan-kekangan agenda sesebuah institusi atau majikan mereka. Bagi kurator yang bergerak secara independen,mereka juga menghadapi cabaran-cabaran yang diberi oleh pihak yang memberi dana dan tempat (venue) untuk menjayakan sesebuah pameran yang dicadangkan oleh kurator2x tersebut.
-
Seorang kurator tidak kira bekerja di mana-mana pun secara umumnya boleh dianggap telah memainkan peranannya dengan jaya jika mereka dapat menjelaskan tujuan dan konteks karya 2x yang dipilih dan dipamerkan dan menyampaikan maklumat –maklumat hasil dari penyelidikan mereka dengan jelas, berkesan dan menyakinkan sehingga memberi/mencetus satu pengetahuan yang baru melalui pameran , penulisan atau syarahan mereka.
BN: Peranan kurator itu sangat luas dan seringkali berdepan dengan kekangan seperti yang anda nyatakan. Adakah kurator di institusi perlu lebih memperhalusi peranan mereka untuk menghasilkan pameran yang membawa isu - isu nasional atau halatuju perkembangan seni di Malaysia? Berbanding kurator independen yang lebih berusaha untuk mendapat dana/ sokongan untuk mencipta sesuatu pameran yang mencetus kepada pengetahuan baru (new knowledge). Bagaimana pula dengan pameran atau projek seni seperti SASARAN?
​
TSH:
-
Benar, terutamanya kurator 2x yang bekerja di institusi 2x awam sememangnya perlu memperhalusi peranan mereka. Tidak kira isu2x national atau perkembangan hala tuju seni visual tempatan, mereka perlu membuat penyelidikan (dan membentang hasil penyelidikan itu di forum atau konfrens) selain menghasilkan pameran dan penerbitan. Mereka sebenarnya di kedudukan yang cukup ‘mewah’ kerana tidak perlu bertungkus lumus mencari dana untuk menghasilkan pameran mereka. Segala kemudahan dari segi logistik, venue dan sokongan telah sedia ada.
-
Projek ‘Sasaran’ itu lain pula pendekatan dan objektifnya. Sasaran Art Festival itu ialah sebuah projek komuniti yang melibatkan seni visual sebagai penarik utama (main attraction). Ia bersifat lebih organik dan tidak berhairaki kerana itulah adalah tujuan asalnya. Ia seperti sebuah pameran terbuka antarabangsa di sebuah bandar kecil yang disokong dan melibatkan komuniti situ.
BN: Pada pemerhatian anda, sebagai seorang kurator. Bagaimana untuk meningkatkan kemajuan prestasi seorang kurator sebagai alat untuk menghadapi dunia kuratorial yang sangat mencabar (jika dilihat pada multidisciplinary kurator antarabangsa)?
​
TSH:
-
Perlu banyak membaca bagi membentuk dan mengekalkan pendirian diri atau ideologi yang ingin diperjuangkan.
-
Bergaul dengan mereka yang mempunyai pandangan yang kritikal untuk menguji /mencabar idea 2x, anggapan atau ideologi yang dipegang supaya dapat membaiki kelemahannya.
-
Melengkapkan diri dengan ict dan membina networking sebagai sistem sokongan kepada kerjaya.
​​
BN: Saya pernah memberi soalan yang sama kepada En. Badrolhisyam Mohd Tahir, apakah ciri-ciri penting yang perlu ada dalam menggalas tugas sebagai kurator di era pasca-moden ini. Jawapan beliau adalah : seorang kurator perlu ada CONTACT dan CONTEXT sebagai asas pembentukan komunikasi (networking) seperti yang dimaklumkan oleh anda serta pengukuhan ideologi dalam meletakkan sesuatu CONTEXT bagi sesuatu konsep atau idea sesebuah projek seni.
Adakah ini merupakan satu perkara penting yang kurang atau tertinggal dalam proses kuratorial di Malaysia. Apa komentar anda?
​
TSH:
-
Saya setuju dengan pandangan itu. Seseorang kurator memang perlu adanya pendirian intellektual atau ideological. Ia mempengaruhi pemilihan karya 2x dan pelukis 2x untuk pameran yang dikurasinya kerana kurator itu ingin menyampai satu ‘message’. Apakah ‘message’ itu? Terpulang pada pendirian kurator itu serta konteks di mana pameran itu diadakan.
-
Masalah dengan kuratorial di Malaysia ini ialah tidak jelas objektifnya atau perutusan yang ingin disampaikan kerana tiada pendirian intellektual atau ideologi. Kebanyakan pameran yang dihasilkan di Malaysia ini ibarat produksi teater dimana pengarah sudah mendapat semua pelakonnya (bonus kalau dapat barisan pelakon 2x yang popular, veteran atau muka baru yang berpotensi) tetapi skrip itu belum siap atau tiada langsung dan si pengarah itu tidak tahu ‘isi ’ atau kesudahan cerita bawah arahannya.
BN: Adakah anda mempunyai contoh tentang impak dan implikasi publik terhadap kerja seni seorang kurator terhadap sesuatu pameran/ majlis/ atau projek seni?
TSH:
-
Adolf Ziegler untuk pameran ‘Entartete Kunst’ di Nazi Germany
-
Damien Hirst untuk pameran ‘Freeze’ dan kemudian ‘Modern Medicine’ di UK
-
‘Towards a Mystical Reality’-Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa (DBP)
-
Pameran ‘Vision and Idea’ oleh T.K Sabapathy, Redza Piyadasa, Zainol Shariff, dan Krishen Jit (BSVN)
-
Niranjan Rajah, ‘Bara Hati, Bahang Jiwa’ (BSVN)
-
T.K Sabapathy ‘ Redza Piyadasa: Retro’ BSVN
-
Hasnul Jamal Saidon ‘First Electronic Art Show’, ‘Takung’ (BSVN)
-
Wong Hoy Cheong ‘How about Converging Extremes’ (Galeriwan), ‘Re-Grup’ Valentine Willie
-
Beverly Yong/ Adeline Ooi ‘Solo Wong Hoy Cheong’ BSVN
-
Badrolhisham Mohd Tahir untuk pameran ‘New Objections’ di Petronas Gallery.
BN: Kurator independen, Hou Honru mengatakan ‘ curator as a catalyst’ sebagai pemangkin kepada pembentukan pengetahuan (knowledge maker) dengan menghasilkan pameran berbentuk eksperimen sebagai tidak mengulangi bentuk pameran yang sama (recurring exhibition)? Usaha anda menghasilkan pameran ‘Dengan Cara Kita’ 2010 merupakan satu pendekatan yang sangat baik bagi mengetengah outsider artis di Malaysia. Adakah ini merupakan satu usaha kuratorial anda sebagai membina jambatan (linking process as a bridge from curator - artist - institution- visitor) dalam usaha membina sebuah pameran yang bersifat eksperimen?
TSH:
Sebenarnya, semua kerja kuratorial adalah untuk membina jambatan antara pelukis dan audien secara ilmiah atau ideologikal, tidak kira di dalam atau luar institusi.
​
-
Outsider/ naif style dll itu sebenarnya adalah luahan peribadi akibat dari keadaan keterasingan (alienation) oleh mereka yang tidak mempunyai latihan secara formal dalam bidang seni visual. Oleh kerana mereka tidak menjalani latihan secara akademik, mereka tidak tahu dan tidak mematuhi ‘hukum hakam’ seni. Kedudukan sosial mereka di tangga hiraki struktur masyarakat dan keadaan mental mereka juga mempengaruhi ‘output’ mereka. Lantaran itu, mereka ‘bebas’ meluahkan apa dalam isi hati/ buah fikiran tanpa tapisan atau apa-apa pertimbangan ‘profesional’. Ini sebenarnya adalah satu ‘pendekatan’ yang mempengaruhi seni visual Barat pada abad yang ke 17 terutama era Revolusi Industri di Eropah yang mengakibatkan perubahan secara mendadak dan ‘keruntuhan’ hieraki dalam bentuk tradisi, kebudayaan dsbnya.
-
Artis2x Barat pada masa itu, setelah ‘bebas’ dari pegangan/ pengaruh institusi 2x tradisional berfungsi sebagai agen budaya yang bergerak secara bebas, memperjuangkan otonomi dan menentang otoriti. Artis2x dari aliran Expressionisme, Fauvisme, Dadaisme, Surealisme, Kubisme, Primitivisme dll sebenarnya telah terdedah dan mendapat ‘inspirasi’ dari hasil 2x karya oleh mereka yang kurang siuman, di pinggiran, dari dunia ketiga, (the others) seni rakyat dll tetapi mereka jarang memberi penghargaan kepada pengaruh tersebut kerana mereka adalah artis2x professional yang terlatih dan karya 2x mereka adalah barang dagangan. Jadi, mereka hanya mengadaptasi pendekatan ‘kebebasan dari kekangan’ rasional dalam penghasilan karya 2x untuk mendapat sesuatu yang ‘lain dari lain’ yang ‘terpendam’ atau dekat dengan sumber ‘kreativiti’ yang sejagat atau intim/peribadi seperti dalam ‘jiwa’ si pelukis.
-
Seni adalah satu saluran keluar (outlet) dan aktiviti yang dapat memejalwap (sublimate) tenaga 2x akibat dari keadaan keterasingan dengan positifnya.
-
Seni outsider dll itu adalah satu cabaran anarkistik kepada idea 2x seni formal dan mereka 2x yang menawan, mengawal wacana (discourse) seni formal selama ini yang sudah terperangkap atau selesa dalam menara gading mereka.
-
Pameran ‘Dengan Cara Kita’ adalah untuk meraih dan memberi penghargaan kepada orang-orang ‘biasa’ yang tidak mempunyai latihan seni secara formal yang sebenarnya telah ‘membuka’ jalan kepada semua satu kebebasan luahan jati diri melalui pengkaryaan yang dapat mengesahkan kewujudan (being) diri seseorang itu.
Kesimpulannya, setiap orang boleh berkarya, dan seni (termasuk yang bukan visual) mampu memberi kepuasan , keseronokan dan ruang yang selamat untuk luahan peribadi yang tidak perlu rujuk kepada sesiapa pun, berbeza dengan mereka yang telah mendapat latihan secara formal.
BN: Saya pernah menyaksikan anda, memberi komen dalam satu Bicara Seni, di BSVN (2010) terhadap perkembangan seni yang tidak selari dengan peranan institusi seperti Balai Seni Visual Negara sahaja sebagai badan induk yang memacu perkembangan seni lukis kontemporari ke arah lebih berdaya saing untuk maju sedangkan peranan kurator di galeri –galeri seni negeri tidak mempunyai usaha gigih untuk seimbangkan peranan kurator sebagai usaha bersama ke arah itu? Apa pendapat anda?
​
TSH:
-
BSVN sebenarnya pada satu ketika dahulu berperanan sebagai peneraju seni moden dan kontemporari yang terunggul di Malaysia. BSVN lah tempat untuk melihat karya 2x terbaru dan eksperimental dari artis tempatan dan juga dari luar negara. Tetapi BSVN sudah tidak dilihat dapat atau mahu memain peranan itu lagi (akibat dari kegagalan pucuk pimpinan, tiada kepakaran dan minat dll?), malah dikutuk rata2x oleh artis2x dan pengumpul seni sebagai sudah ketinggalan zaman, tidak relevan dan tidak ambil peduli akan perkembangan seni kini tempatan mahupun antarabangsa. Adakah kritikan itu ada benarnya?
-
Apa pula dengan galeri 2x seni negeri? Jika BSVN gagal untuk memainkan peranan mereka seperti dulu, apakah pula peranan yang perlu diambil oleh galeri 2x kerajaan negeri? Setiap negeri mempunyai satu ‘state’ galeri dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyokong, membantu dan mendokumentasi seni hasil negeri itu dan membawanya ke tahap kebangsaan. Jika masing-masing tidak dapat atau mahu mengambil tanggungjawab membangunkan seni rupa tanah air, apa perlunya lagi institusi 2x ini?
-
Balai merupakan badan kesenian kebangsaan yang tertinggi di Malaysia, sepatutnya semua galeri 2x kerajaan negeri itu mengangkat hasil karya atau pelukis yang terbaik dari negeri masing-masing untuk mendapat pengiktirafan Balai. Dari situ, Balai adalah platform untuk pelukis 2x ini ke persada antarabangsa. Jika kurator2x di ‘state’ galeri masing-masing tidak minat seni, tidak ada ilmu atau tahu sejarah akan perkembangan seni tanah dan antarabangsa, bagaimana seni Malaysia nak maju?
-
Sebab itu, adalah pentingnya buku-buku seperti ‘Vision and Idea’, ‘Towards A Mystical Reality’, 3rd Asean Symposium on Aesthetic’ dll itu diterjemahkan ke bahasa Kebangsaan sementara buku-buku seperti Rupa Malaysia,Susurmasa dikemas kini maklumatnya untuk di jadi rujukan yang serius.
​​
BN: Bagi pendapat anda, adakah kurator di Malaysia telah menjalankan peranan mereka sebagai pemacu ke arah hala tuju seni visual tanahair?
​
TSH:
-
Pada pendapat saya, mereka yang mengambil peranan sebagai kurator, contohnya, Syed Ahmad Jamal , Yeoh Jin Leng, Redza Piyadasa, Sulaiman Esa, T.K Sabapathy, Zainol Shariff, Zakaria Ali, Tan Chee Kuan, telah menyumbang kepada pembentukan naratif moden sejarah seni moden Malaysia sejak tahun 1970an-1980an lagi, sementara Wong Hoy Cheong, Hasnul Saidon, Niranjan Rajah, Nur Hanim Khairrudin, Beverly Yong pula pada tahun 1990 an-2000 an mencatat perkembangan seni kontemporari Malaysia dan pada tahun 2000an sehingga kini, dilihat pula 2 individu yang juga mengambil inisiatif untuk menkurasi secara serius perkembangan terkini seni visual kontemporari, iaitu Badrolhisham Mohd Tahir, Roopesh Sitharan dan Simon Soon.
Sayangnya, narratif yang telah dibina mereka tidak diabaikan oleh institusi seni kebangasaan Negara melalui pameran karya-karya dengan tetap (permanent exhibition) dari koleksi himpunan tetap Negara.
BN:Usaha membina naratif ini sebagai satu cadangan yang baik bagi pendapat anda sebagai membentuk satu pengenalan kurator (introduction curatorial) terhadap kerja – kerja kurator bagi pensejarahan seni lukis moden dan kontemporari di Malaysia.Adakah dengan menjalankan usaha kearah ini hala tuju perkembangan seni lukis di Malaysia dapat ditentukan melalui rujukan naratif ini? Apa pendapat anda?
TSH:
Ya, dengan melihat dan menyelidik narratif sejarah seni moden dan kontemporari Malaysia, kurator 2x bukan sahaja dapat memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan narratif dan perkembangan seni di Malaysia, malah mereka boleh menyumbang dari segi membaiki kelemahan / kelompangan dalam naratif tersebut, mencabar kesahihan peristiwa atau fakta dalam sejarah seni tersebut, mencadangkan hala tuju baru sebagai kesinambungan atau membuka babak baru.
BN:Dalam Buku Persoalan Seni Rupa Sezaman(2003). Cadangan anda tentang penubuhan Art Council sebagai satu pusat untuk pendapatkan bantuan, scholarship, dan bantuan kewangan untuk membantu pembangunan senario seni tempatan. Bagaimana untuk merealisasikan idea ini? Adakah dengan menyatukan kurator institusi dan independen kurator dapat membantu membina cara alternatif untuk menyalurkan bantuan kepada projek – projek seni atau pun artis.
​
TSH:
Jika kita melihat balik kepada sejarah penubuhan BSVN, pengasasnya adalah mereka dari Malayan Arts Council. Mereka yakin bahawa dengan penubuhan BSVN, aktiviti seni dapat dipergiatkan dan artis2x tempatan mendapat bantuan serta pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan pelancaran Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 oleh Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman, Malayan Arts Council pun sudah tidak diperlukan lagi.
​
Cadangan yang dibuat pada masa itu adalah dari pemerhatian bahawa BSVN tidak membantu aktiviti 2x seni dan seniman dari segi kewangan termasuk scholarship, tajaan, pengesyoran (recommendation) dan sebagainya. Itu adalah sebelum wujudnya Tabung Bantuan Seni dan beberapa inisiatif oleh Kementerian kebudayaan dll. Saya berharap dengan perubahan status Balai menjadi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, seniman visual tempatan akan mendapat lebih lagi manfaat dalam masa yang akan datang.
​
​
​